Welcome to Cahaya Nur Official Blog. Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini

Monday, November 5, 2012

It is about Life Part 2.

Seawal 5 pagi aku dah dikejutkan oleh abah. Take a shower, ambil wuduk and bersiap-siap sementara menunggu masuk waktu subuh. Tak banyak pilihan baju pun dalam almari. Sekadar memakai jeans lusuh berwarna cokelat, tshirt tgn panjang berwarna hitam dan tudung kuning air. Entah apa pandangan org bila melihat aku memakai sedemikian. Abah dan mama tidak kisah, asalkan tidak memakai baju yang jarang dan ketat serta tudung yang singkat.

Usai solat subuh, aku terus memakai tudung. Bukan tudung bawal yang menjadi pilihan. Sebaliknya tudung Ariani mama yang aku rembat. HEHE. Warna kena ke tak bukan masalah aku. Orang sekarang kan suka matchingkan warna. Jadi, sekali sekala teringin jugak hati nk jadik Pororo. :P

6 pagi dah bertolak ke hospital pulau pinang. Abah ada appointment hari ni. Sangat awal kan? Rata-rata rumah jiran aku, cahaya lampu tidak ada lagi. Yup, masih nyenyak tidur. Aku juga mcm tu. Kalau lepas subuh mesti akan tidur balik. :P tapi abah selalu marah sbb abah ckp rezeki masuk pada awal pagi. Malaikat datang bawak rezeki. Tapi kalau malaikat nampak kita tgh tidur tanpa membuat apa2 pekerjaan, habis macam mana malaikat nk bagi rezeki. Ye dak? *sentap*

Tapi, atas sebab2 kebiasaan tidur di kolej lepas subuh, maka akhirnya memanjang sampai kerumah. Penah jugak tahan mata tak tidur and online internet tapi pukul 9 mesti terlelap balik. HAHA.

Kereta menyusuri jalan yang hny ditemani lampu jalan dan beberapa biji moto dan kereta yang mungkin mahu pergi ke kerja. Urusan masing-masing. Niat aku, naik ja kereta aku nak sambung tidur, tp mata aku tak mau lelap pulak. Aku bertambah excited bila abah naik jambatan pulau pinang. Lama sungguh rasanya tak menatap jambatan pulau pinang yang hanya 45 minit menaiki kereta dari rumah. Kalau jalan kaki mmg berhari-hari lah nampaknya. Haha *auta* naik jambatan mmg best pada waktu subuh, teringat la pulak pasai kemalangan yg menyebabkan kereta terjunam ke laut. Agak-agak kalau lalu tgh malam, seram tak ? HAHA. Itu jugak aku ingt.

Kami sampai di hospital tepat jam 6.45 pagi dan terus ke klinik ortopedik / tulang. Kaunter bukak pukul 7.30 pagi tapi org mulai ramai dan parking pun penuh. Sbb tu abah nk pegi awal. :) duduk punya duduk, sampai lenguh pinggang duduk. Nak duduk sakit pinggang, berdiri, lenguh kaki. Aduyyaaaiiipun ! tak toqah nak buat mcm mna.

Melihat beribu macam gelagat manusia yang menjengah ruang hospital tu. Si ibu mengendong anak yg berbalut tgn, si isteri memimpin suami dan suami memimpin isteri, tidak kurang jugak si anak memapah ibu untuk mendapatkan rawatan. Bukan hobi aku lah kalau tak memperatikan orang yg lalu lalang. Aku suka tgk gelagat org.  doktor pelatih dan nurse mula berlegar-legar dalam hospital. Dengan muka yg nmpak blur seblur lee kwang soo dalam running man, jln kehulu kemari membawa beg. ==’
*terus bayang kakak aku. insyaAllah. :D

Apa yang membuat aku tertarik adalah seorang lelaki berjeans dan ber-tshirt merah menolak kerusi roda ibunya dengan senyuman dan sedikit mengantuk. Barangkali, oncall dgn GF kut malam td. Pheeeewww~ :P
Aku memandang lelaki itu, tapi si ibu pulak kalih pada aku. Aku senyum, dan ibunya membalas. Tapi kami tdk bercakap. Ohh, bukan niat aku sama sekali nk mendapatkan anaknya dgn senyum pada ibunya. Nehi nehi ! tapi aku kagum melihat kesanggupan lelaki itu membawa ibunya untuk ke hospital. Tahu tahu sajalah hospital mana yang tidak sesak dgn kehadiran tetamu yang bermacam macam jenis penyakit.

Dalam hati, ciri lelaki ini mesti dimahukan oleh semua perempuan. Kalau nak tengok mcm mana dia layan isteri dia adalah tgk bila dia melayan ibunya. Sesekali, aku menjeling memerhati gelagat lelaki tadi dgn ibunya. Tetap berdiri di belakang kerusi roda ibunya. Kadang2 duduk, kadang2 berdiri. Lenguh barangkali. Tapi aku mmg  tersentuh melihat layanan lelaki itu terhadap ibunya. :)

Selepas berjam jam duduk nganga kat situ. Ada si ibu muda dan dua anaknya duduk di tepi sebelah kanan aku. Si ibu muda lagi. Si anak umurnya average 3 y-old and yg sorang lagi dalam 1 y-old mybe. Si ibu memberikan roti pada anak kecilnya. Si kakak betul2 duduk di sebelah aku. Aku tersenyum. Kagum pada si ibu yang berjaya menjadi ibu semuda itu. :D

Tapi, apa yg membuatkan aku kesian adalah aku merasakan si ibu lebih menumpukan perhatian pada si kecil lebih dari si kakak. Mungkin si kakak merasa jeles. Ye la, budak kecik mcm tu, apa pun tak tau lagi. Tidak salah menjadi ibu muda tapi haruslah bersedia mental dan fizikal kerana sememangnya tugas menjadi seorang isteri apatah lagi seorang ibu mmg berat. Aku tulus ikhlas mengaku yang aku belum bersedia. Aku ada cita2 yang mesti aku dapat sebelum melangkah ke alam yang lebih jauh. Jodoh itu mmg urusan Allah. Tp aku berharap agar aku lepas segala-galanya terlebih dahulu.

Tapi, dalam hati, aku berjanji jikalau suatu hari nnt aku bergelar isteri dan seterusnya bergelar ibu, aku akan jaga dan layan anak2 aku mcm mama aku layan aku dan kakak aku masa kami kecil dulu. Mama bukan lah pemarah, tapi mama tegas. Mama tak penah putus asa dgn anaknya walaupun mungkin aku sbg anaknya pernah membuat mama kecewa. :’( mama tak henti henti bg kata-kata semangat walaupun mungkin org lain dah pandang rendah kat anak dia. Kasih ibu membawa ke syurga. Beitu juga kasih bapa. Abah garang, tegas and menepati masa. Abah tak pernah berkira soal duet dan makanan. Mama dan abah amat mementingkan pelajaran. Cuma sekarang ini, aku dan kakak mula menggunakan savings iaitu biasiswa utk membeli barang2 kami. Kalau dulu, duet abah jugak kami kikis. HEHE. Giliran kami pulak yang belanja mereka. Bukan selalu pun. :)

Lepas 5 jam berada di hospital dan abah pun dah selesai appointment, perut minta diisi. Kami makan di gerai belakang hospital. Lauk ayam goreng berempah, taufu telur serta kuah asam tumis menjadi pilihan. Lauk aku RM5. Satu family makan RM16. Sedap ! HIHI. :D

Kami duduk satu meja dgn dua beranak. Ibu dan anak perempuannya yg kira2 10 tahun. Tapi tiada perbualan antara mereka. Malu agaknya. Entah. Masing-masing senyap dan aku hny bercakap dgn mama dan abah. Selesai makan dan bayar, kmi patah balik ke parking. Penuh betul parking !

Melihat suasana hospital,ingin sekali aku bekerja di hospital. Kakak aku dah semestinya tempat kerja di hospital. Aku nak tolong orang, aku suka bau hospital. insyaAllah, cita cita aku sebenarnya adalah seorang pegawai farmasi. Tapi andai itu bukan rezeki, aku ttp berazam mencari kerja yg memerlukan aku bekerja di hospital dan menolong orang . tapi tentu dan tidak sekali menjadi cleaner. Aku tak hina pekerjaan itu, tapi tu bukan cita-cita aku. Aku suka bercakap and kalau blh aku mmg nk tlg orang. insyaAllah. Amin. :D

Akhir sekali,

Banyak sebenarnya kita boleh belajar bila melihat gelagat orang. Apa yang aku belajar hari ni adalah sabar ! im not quite patient with certain things actually. Bila aku dah lalui dan tgk org lain, at least aku akan ingat yg ada org yg lagi susah dr aku. Jadi, ayohhh, jangan marah2 noh. HEHE. Tapi sekali sekala marah tu bertempat lah jugak yer.

Btw, maaf lah kalau blog aku nie tak dak foto utk tatapan sbb DSLR rosak. ok foine ! tunggu je lah nnt orang nk bg hantaran DSLR sebijik ! Nah. *berangai laaahaaaii.

Okay.

Before that, i want to congrates Amirul utk pertandingan debate ! HEHE. u have done the best and one fine day, u will be the winner. insyaAllah. ^__^

Adddiiioooossss !

Assalamualaikum.

:)

Thanks reading.

No comments: